fbpx

Penunggang basikal maut dirempuh kereta di ‘New Zealand Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang memeriksa mayat warga emas yang maut dilanggar sebuah kereta di Jalan Temiang-Pantai pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang warga emas yang sedang menunggang basikal maut dirempuh sebuah kereta Perodua Axia dalam kemalangan di Jalan Temiang-Pantai atau dikenali ‘New Zealand Malaysia’ di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Khalid Mohd. Isa, 72, mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun dari Jalan Pantai menghala ke Kajang, Selangor telah hilang kawalan dan terbabas.

“Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar sebuah basikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 72 tahun di bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Fazley berkata, akibat kemalangan itu, penunggang basikal mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI