fbpx

BN bersedia hadapi PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah bersiap siaga dan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) jika diadakan dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN telah bersedia di pelbagai peringkat termasuk kepimpinan serta akar umbi BN seluruh negara.

“Kita bergerak dalam Barisan Nasional, bukan bergerak dalam MCA, MIC atau PBRS. kita mahukan semua calon kita menang di semua bahagian yang kita bertanding.

“Kita pilih Biru, kita pilih Dacing, kita pilih Barisan Nasional,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN dan Sambutan Ulang Tahun BN Ke-48 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zahid turut berkata, BN perlu keluar daripada kerangka lama termasuk pembahagian kerusi calon bagi hadapi PRU-15 nanti.

“Kita akan tampilkan muka-muka baharu dan calon muda, kita sudah buktikan di beberapa pilihan raya kecil dan negeri sebelum ini.

“Di Johor 79 peratus manakala di Melaka pula 87 peratus muka baharu. Terbukti menjadi pilihan pengundi di sana, kita perlu tangkap pengundi untuk kembali memilih BN,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI