fbpx

Arsenal serius mahukan Jesus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS semakin sukar untuk terus mendapat tempat dalam skuad City selepas pasukan itu berjaya mendapatkan Haaland. – AFP

LONDON – Arsenal semakin serius untuk memastikan mereka berjaya mendapatkan khidmat penyerang Manchester City, Gab­riel Jesus pada musim panas ini termasuk menggunakan pemain pertahanan mereka, Gabriel Magalhaes sebagai ‘ejen’ sulit.

Masa depan Jesus bersama City semakin tidak menentu selepas kelab itu berjaya mendapatkan Erling Haaland, selain dia juga mungkin tidak mampu menandingi Riyad Mahrez untuk beraksi di sayap kanan.

Laporan menyebut, Pengarah Teknikal Arsenal, Edu telah melakukan ‘kerja-kerja’ untuk untuk membawa Jesus ke Emirates sejak April lalu lagi, selain pemain itu adalah pilihan yang lebih murah dan tidak mengganggu kewangan The Gunners.

Bagaimanapun, Arsenal kini terdesak untuk memastikan urusan berkenaan selesai dengan cepat apabila Tottenham Hotspur dilaporkan muncul sebagai pencabar untuk mendapatkan Jesus.

“Ketika ini kami dalam memahami tawaran dan projek setiap pasukan yang berminat untuk mendapatkan Jesus. Jadi, ketika ini adalah lebih baik untuk kami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Jesus akan membuat keputusan selepas kembali dari tugas bersama pasukan Brazil,” kata ejen pemain itu, Marcelo Pettinati.

Ketika ini, Jesus bersama skuad The Selecao untuk aksi persahabatan menentang Korea Selatan dan Jepun sebelum berdepan Argentina pada 11 Jun nanti.

Arsenal mahu memanfaatkan situasi itu apabila Magalhaes yang turut berada dalam skuad Brazil diminta untuk memujuk Jesus menyertainya di Arsenal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI