fbpx

[VIDEO] Syed Iqmal lepas, bebas 2 pertuduhan jenayah seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Iqmal (kanan) dan peguamnya keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah seksual.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang didakwa atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros untuk Syed Shah Iqmal, 27, dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam bela, kes ini di DNAA, Orang Kena Tuduh (OKT) dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” kata Hakim itu.

Terdahulu pendakwaaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas tertuduh itu dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (2).

“Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNAA. Ia memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai ‘Death Wishes’ (keinginan mati)”, kata Norhashimah.

Menurut Norhashimah perintah DNAA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dan tidak perlu rasa terbeban malah sebelum ini dilepas dengan ikat jamin.

Sementara peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, alasan bahawa pengadu mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan merupakan suatu alasan yang goyah.

Menurutnya, wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan sebanyak 13 kali tarikh termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lalu.

“Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan,” katanya.

Menurut peguam itu lagi sekiranya perintah DNAA diberikan peguam itu berkata, ia membawa maksud tertuduh masih boleh dituduh bila-bila masa dan perkara itu akan menghantui tertuduh sebagai pesalah seks. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang didakwa pertuduhan mencabul dan persetubuhan luar tabii dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. #mahkamah #syediqmal #beritatiktok ♬ Sumpah Ku Mencintaimu – Alsa Aqilah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI