fbpx

Sushmita Sen tayang otot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSHMITA SEN

SELEPAS bekerja keras di gimnasium, aktres terkenal Sushmita Sen kini berbangga apabila berjaya mendapatkan bentuk tubuh berotot persis ahli bina badan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 46 tahun itu berkongsi sekeping foto menayang bentuk ototnya dari arah belakang sambil ditemani seorang jurulatih kesihatan di gimnasium.

AKSI Sushmita di gimnasium bersama jurulatihnya,

“Lihatlah saya kini sudah memiliki otot,” tulisnya bangga.

Perkongsian pelakon yang juga bekas ratu cantik itu menarik perhatian peminatnya apabila rata-ratanya kagum melihat kesungguhan Sushmita bekerja keras di gimnasium.

“Awak kelihatan sungguh gagah. Saya sangat kagum,” kata seorang peminatnya.

Difahamkan Sushmita sedang membuat persiapan untuk turun ke set penggambaran bagi menjayakan sebuah serial web berjudul Aarya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI