fbpx
PRATIK GANDHI

Berwajah biasa, Pratik Gandhi dihina tidak kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTOR Pratik Gandhi berkongsi sebuah pengalaman yang dianggap cukup memberi kesan pada dirinya sebagai pelakon apabila mendakwa ‘dihina’ oleh seorang pengarah dan juga produser sewaktu awal pembabitan dalam dunia perfileman.

Ujarnya yang memulakan kerjaya lakonan pada 2014 itu, dia diberitahu seorang pengarah bahawa lakonannya cukup hebat, namun sayang wajahnya tidak boleh ‘dijual’ kerana dikira tidak cukup kacak.

“Filem yang dimaksudkan itu adalah Bhavai. Pengarahnya memberitahu lakonan saya cukup hebat. Tetapi wajah saya tidak cukup kacak untuk menarik perhatian penonton.

“Saya berasa cukup terhina ketika itu kerana mereka lebih memandang wajah berbanding bakat,” katanya.

Enggan menjadikan kritikan ‘murahan’ itu sebagai halangan untuknya terus berkembang, Pratik membuktikan kesungguhan apabila terus cemerlang dalam beberapa buah filem lain antaranya Scam 1992, 68 Pages, Mitron dan Love Yatri.

“Sekarang penonton tidak kisah lagi dengan wajah ‘biasa’ saya kerana mereka lebih tertarik dengan bakat lakonan yang saya miliki,” katanya.

POPULAR