fbpx

Perlu ada akta anti buli lindungi pelajar – Aswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azlina bercakap pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum kepada Mahathir berikutan Sesi Penyerahan Memorandum Akta Anti Buli. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus berkaitan anti buli dalam usaha menangani masalah terbabit yang semakin berleluasa di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (Aswa), Wan Azliana Wan Adnan berkata, pihaknya mendapati masalah buli tiada penghujungnya hingga ramai mangsa menjadi trauma dan terkini, lebih 20 kes sejak sekolah dibuka tahun ini.

Beliau yang juga peguam berkata, apabila sesuatu kes buli berlaku, boleh dikatakan tiada tindakan yang sewajarnya hingga menyebabkan mangsa buli ketakutan dan akhirnya berpindah sekolah.

Atas faktor itulah katanya, pihak ASWA akan menyerahkan memorandum bagi meminta Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) hari ini.

“Kami mahu satu akta khusus berkaitan anti buli digubal seperti akta khas yang lain bagi membolehkan satu langkah konkrit bagi mengawal dan mencegah kesalahan buli di sekolah.

“Apabila memorandum ini diserah dan diteliti, diharapkan pihak kerajaan menubuhkan satu jawatan kuasa khas bagi mengkaji masalah buli bagi memastikan semua mangsa buli terbela,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI