fbpx

Pemandu van sekolah ‘selamba’ langgar lampu merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi berbahaya yang dilakukan oleh seorang pemandu van apabila melanggar lampu isyarat merah.

PETALING JAYA – Sudah menjadi kebiasaan pengguna jalan raya melanggar lampu isyarat tanpa memikirkan risiko yang boleh terjadi.

Situasi tersebut turut dilakukan seorang pemandu van sekolah yang didapati telah melanggar lampu isyarat ketika merah di sebuah persimpangan.

Tindakan berbahaya tersebut telah mengundang pelbagai kritikan dan kecaman oleh orang ramai kerana bimbang akan keselamatan murid-murid sekolah di dalamnya.

Video tersebut telah mula tersebar di media sosial sejak kelmarin apabila mendapat lebih 70,000 perkongsian daripada pengguna Facebook dan Twitter.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Johor dan situasi itu sempat dirakam oleh pemandu kenderaan yang berada di belakang van sekolah terbabit.

“Bawa murid, langgar lampu merah,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Selamba kau langgar lampu merah, bawa anak orang, nyawa ramai, jangan ikut kepala sendiri, tarik lesen sahaja pemandu macam ini,” komen Fakrul.

“Mohon cari pemandu tersebut, anak anda ada di dalam van,” ujar @Mr Pungguk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI