fbpx

Prasarana ambil serius dakwaan rasuah kontrak LRT, MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memandang serius terhadap dakwaan wujudnya elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam, Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) yang dilaporkan sebuah media tempatan hari ini.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan apa jua bentuk gejala rasuah dalam semua urusan.

“Pihak kami akan mengikut rapat perkembangan kes dan berhubung dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan gambaran yang tepat sebelum mengambil langkah susulan,” katanya hari ini.

Tambahnya, Prasarana turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap perkara ini dan hanya mendapatkan butiran-butiran rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, sebuah media tempatan melaporkan senarai be­berapa nama individu ke­na­maan dan syarikat kini berada dalam ra­dar SPRM selepas didakwa menerima rasuah bagi menjayakan projek-projek awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI