fbpx

Pengarah Syarikat dituduh menipu syarikat besi dan keluli RM7.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang pengarah sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini atas tuduhan memperdaya sebuah syarikat besi dan keluli di Kawasan Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP), dekat Gebeng, di sini tiga tahun lalu.

Tertuduh, Teh Teng Cheng, 52, dituduh melakukan kesalahan itu pada 28 Jun 2019 namun dia tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya syarikat Alliance Steel (M) Sdn Bhd dengan cara mengemukakan Manual Perubahan Akaun Penerimaan Pembayaran Projek sekali gus mendorong syarikat berkenaan melakukan pembayaran berjumlah RM7,382,813 ke akaun syarikat Sureland Industrial Fire Safety (M) Sdn Bhd.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abidin menawarkan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin.

Katanya, jumlah jaminan yang ditawarkan adalah munasabah dan tidak keterlaluan jika berdasarkan pertuduhan.

Sementara itu, peguam Mohd. Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan mewakili Teng Cheng memohon mahkamah mengurangkan kadar jamin atas alasan anak guamnya menyara tiga anak yang masih bersekolah dan seorang ibu yang uzur.

Beliau berhujah, anak guamnya masih belum dibuktikan bersalah dan ikat jamin itu hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

“Saya mohon mahkamah kurangkan jaminan kerana tertuduh memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dilakukan oleh SPRM sejak November tahun lalu,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan Teng Cheng diikat jamin RM750,000 dengan dua penjamin.

Selain itu syarat tambahan turut dikenakan oleh mahkamah terhadap tertuduh iaitu perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan bermula Jun ini sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 30 Jun depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI