fbpx

Dua polis bebas tuduhan cabul, peras ugut pasangan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Izauddin (kanan) memeluk Mohd. Hanafi selepas mereka dilepas dan dibebaskan daripada lapan pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan peras ugut terhadap sepasang kekasih oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. /FOTO MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

KOTA BHARU – Dua anggota polis dapat menarik nafas lega apabila mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan termasuk melakukan seks oral, mencabul dan peras ugut terhadap sepasang kekasih di Pengkalan Chepa di sini kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

“Selepas meneliti dan mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd. Hanafi Mohd. Zaki dan Mohammad Izauddin Abd. Wahab.

“Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa perlu membela diri daripada kesemua pertuduhan,” katanya.

Sebelum ini, Koperal Mohd. Hanafi, 37, dan Lans Koperal Mohammad Izauddin, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan peras ugut terhadap sepasang kekasih pada 4 Disember 2020.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua anggota polis itu didakwa mengarahkan seorang lelaki melakukan kelucahan melampau terhadap pasangannya yang berusia 20 tahun.

Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di kawasan kilang terbiar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 10.45 malam hingga 12 tengah malam pada 4 Disember 2020.

Mereka turut didakwa secara bersama mengarahkan wanita berkenaan melakukan seks oral terhadap mangsa lelaki selain melakukan pemerasan dengan meminta wang sebanyak RM1,250 sebagai dorongan mangsa tidak dirujuk kepada pejabat agama di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Kedua-dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan dengan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, bagi dua tuduhan berasingan, Mohd. Hanafi didakwa mencabul mangsa wanita dan mengarahkan pasangan lelakinya berbogel bagi mengaibkan kehormatannya di dalam sebuah kereta jenis Honda Civic di lokasi sama.

Selain itu, Mohammad Izauddin turut didakwa menumbuk mangsa lelaki, mengarahkan mangsa wanita berbogel dengan niat untuk mengaibkan kehormatan dan melakukan persetubuhan luar tabie.

Perbuatan itu dilakukan di Jambatan Pak Nik Lah dan tempat letak kereta di sebuah masjid Padang Tembak di sini kira-kira pukul 10.45 malam hingga 12 tengah malam pada tarikh sama.

Mohd. Hanafi membayar jaminan sebanyak RM20,000 manakala Mohammad Izauddin pula RM30,000 masing-masing dengan empat penjamin bagi kesemua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI