fbpx

‘Sedih tengok anak Azhar Sulaiman menari!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona dalam TikTok yang sekali lagi mengundang teguran ramai.

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon veteran popular iaitu Azhar Sulaiman? Semua orang tahu Azhar mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Leona.

Biarpun memiliki rupa paras jelita, tapi sayangnya gadis itu sering dikecam netizen kerana gemar berpakaian seksi.

Terbaharu, Leona sekali lagi menuai kritikan orang ramai selepas berkongsi sebuah video dalam TikTok dengan aksinya sedang menari-nari sambil memakai gaun ketat dan agak terdedah pada bahagian dada berwarna merah jambu.

Mereka kelihatan sedang ‘menari’ dengan berpakaian seksi dan ketat sehingga menyebabkan ramai netizen terpaksa bersuara kerana tidak sanggup melihat video itu.

Rata-rata netizen mengecam dan menegur gadis itu supaya ingat tentang agama dan tidak tampil dengan pakaian yang terlalu seksi.

“Sedih tengok anak Melayu seperti ini,” tegur seorang netizen.

“Sedih tengok. Semoga cepat berubah,” komen seorang lagi netizen.

“Baik-baik. Kiri kanan ada malaikat yang mencatat,” kata seorang pengguna TikTok.

Kasihan pula Diva lihat. Sebab hujung-hujung nanti, orang akan tetap salahkan bapanya kerana dikatakan tidak pandai mengajar anak.

Diva pun tidak mahu cakap lebih, takut esok lusa kena batang hidung sendiri pula. Doakan yang baik-baik sahaja.

DIVA: Berebut-rebut beberapa nama penyanyi besar mahu mengadakan konsert tahun ini. Tak sabar!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI