fbpx

Kekasih Syafie Tee mengaku pondan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISAH sensasi video bercium Syafie Tee dihangatkan dengan pengakuan individu dipercayai kekasihnya bahawa dia bukan wanita tulen, sebaliknya seorang mak nyah.

SEJAK awal minggu lalu kecoh dalam laman sosial tentang video tular yang mendakwa pelakon muda, Syafi Tee yang juga anak kepada penceramah terkenal, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah bercium sakan dengan seorang wanita.

Selepas tular isu panas itu, timbul pula dakwaan kononnya mengatakan bahawa wanita yang dicium pelakon itu bukanlah seorang wanita tulen, sebaliknya seorang mak nyah atau pondan, atau dengan kata lain, wanita berloceng!

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Twitter yang berkongsi tangkap layar profil wanita tersebut. Ternyata dalam ruangan komen, wanita itu sendiri mendedahkan dirinya merupakan seorang transgender. Maksudnya apa, adakah Syafie Tee mempunyai nafsu songsang?

Dalam laman Twitter juga, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan menyuarakan rasa terkejut. Malah ada yang berpendapat wanita ini sengaja menukar status dirinya untuk mencetuskan kontroversi bagi menghangatkan bara sensasi.

Walau bagaimanapun, kesahihan video yang tular ini masih belum mendapat pengesahan dari mana-mana pihak.

Malah, Syafi pun sehingga kini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan walaupun namanya sedang hangat diperkatakan.

Diva tidak tahu hendak cakap apa, mampu tepuk dahi sahajalah.

DIVA: Jangan terkejut kalau esok lusa orang samakan pengacara Sherry Alhadad dengan Tyra Banks sebab semakin hari semakin langsing!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI