fbpx

Beraninya Yazmin Aziz, siap berbikini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAZMIN AZIZ

NAMA Yazmin Aziz masih terlalu hijau dalam industri seni, mungkin juga sebab ramai yang belum mengenalinya.

Kariernya masih setahun jagung tetapi tak kalah dek dengan beberapa kisah sensasi .

Sebelum ini dia ditegur kerana keakraban dengan sahabat baiknya, Daniel Chuer yang dikatakan agak berlebih-lebihan dan berpelukan sana-sini.

Terbaharu, dia sekali lagi ditegur kerana memuat naik foto penampilan berani mati iaitu dengan memakai bikini dalam Instagram.

Memang lain macam sungguh keberanian bekas peserta Big Stage musim keempat ini. Ketika artis lain bukan main beraksi kalau ada foto pelik-pelik, dia pula okey sahaja untuk berkongsi perangai begitu kepada umum.

Apabila sudah memuat naik foto sebegitu, berduyun-duyunlah menegur agar dia simpan sahaja foto tersebut dan tidak perlu dikongsi kepada umum.

“Orang dah ramai kenal, berpakaian biarlah ikut cara di Malaysia bukan Hawaii,” tegur netizen.

“Kawan baik, sangat seksi. Jangan begini ya, jaga aurat,” komen seorang lagi netizen.

Harap Yazmin belajar daripada kesilapan, bukan semua boleh dikongsi dalam media sosial ya.

DIVA: Akhirnya ramai peminat lega bahawa lamaran terbuka Aedy Ashraf terhadap Amelia Henderson bukan gimik semata-mata. Pasangan ideal sangat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI