fbpx

Tarian ulat Uqasha Senrose, Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMAL dan Uqasha kini seronok berkongsi ‘kegilaan’ mereka untuk tatapan peminat.

SEKIRANYA mengikuti perkembangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose, mereka sering tampil dengan video yang memaparkan aksi ‘gila-gila’ dan mencuit hati.

Terbaharu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu itu muncul dengan video tarian ulat versi mereka dalam satu hantaran Instagram.

“Bila kita penat sangat, perlu ceriakan diri sendiri dengan tarian ulat. Ini semua suami yang ajar,” coretnya.

Video yang mendapat hampir 50,000 tontonan itu berjaya mencuit hati ramai dan ada pula yang terhibur dengan pelbagai tanda pagar untuk entri tersebut.

“Pasangan suami isteri ini memang menghiburkan sungguh. Panjangnya tanda pagar, letih baca,” kata netizen.

“Tak boleh tahan tengok Uqasha dengan Kamal. Tidak kering gusi dibuatnya,” ujar pengguna Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI