fbpx

Sherry kurus cantik, macam Anzalna, Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERRY ALHADAD

PETALING JAYA – Semakin ramping dan menunjukkan penurunan berat badan mendadak, penampilan pengacara popular Sherry Alhadad kini dikatakan persis Janna Nick dan Anzalna Nasir.

Menerusi satu perkongsian video dalam Instagram dan TikTok, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad dilihat menari mempromosikan sebuah produk minuman dan apa yang menarik perhatian ramai adalah perubahan bentuk badannya.

Rata-rata peminat melahirkan rasa terkejut dan bangga dengan perubahan saiz fizikal pengacara program realiti, Gegar Vaganza itu.

“Ya Allah, ingatkan Janna Nick tadi. Dulu dia (Sherry) pernah kata kalau dia kurus, macam Anzalna. Sekarang terbukti. Bulu mata (macam) Anzalna sahaja tak pakai,” demikian antara komen ditinggalkan netizen.

Tidak kurang dengan itu, ada dalam kalangan netizen terutama golongan wanita yqng cemburu dengan perubahan fizikal Sherry.

“Cemburu tengok Kak Sherry sekarang. Kita pun nak kurus juga,” coret seorang netizen.

Terdahulu, sekitar awal Januari, Sherry, 38, mendedahkan dengan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan sihat, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI