fbpx

Pasangan warga emas nyaris maut terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Felda Palong 8, Jempol petang tadi.

JEMPOL – Sepasang suami isteri warga emas sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Felda Palong 8, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba Seri Jempol, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Hazreen Mohd. Zahar berkata, pihaknya mendapat panggilan kejadian pada pukul 1.08 petang dan tiba di lokasi kira-kira 45 minit kemudian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati sebuah rumah jenis kayu separuh kekal satu tingkat terbakar sebanyak 80 peratus.

“Hanya bahagian bilik air sahaja yang tidak terbakar kerana diperbuat daripada batu. Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

“Kami dimaklumkan, terdapat dua orang mangsa dipercayai suami isteri warga emas sempat menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menerima bantuan dari Balai Bomba Gemas dan bomba sukarela bagi memadamkan kebakaran berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI