fbpx

Ops Didik : 25 saman dikeluarkan kepada pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis dari Bahagian Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai mengeluarkan saman kepada pelajar yang melakukan kesalahan trafik menerusi Ops Didik.

SEREMBAN – Sebanyak 29 saman dikeluarkan terhadap 25 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mohd Said dekat Nilai di sini atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Ops Didik yang dilaksanakan semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kesalahan paling tinggi dilakukan ialah tiada lesen memandu diikuti cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menjalankan operasi ini ketika pelajar pulang dari sekolah.

“Ia bertujuan memberi pendidikan dan advokasi kepada para pelajar supaya mengambil langkah-langkah keselamatan ketika menunggang motosikal untuk ke sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fazley, para pelajar juga diingatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

Beliau berkata, pihak sekolah turut menyambut baik operasi tersebut dan perbincangan turut diadakan berkaitan pelajar yang menggunakan kenderaan ke sekolah.

“Ops Didik ini adakan diadakan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya tentang soal keselamatan dan kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI