fbpx

Kapal tangki Vietnam ditahan berlabuh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki berdaftar di Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan 22.6 batu nautika timur laut Tanjung Kelesa petang semalam.

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki berdaftar di Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan 22.6 batu nautika timur laut Tanjung Kelesa di sini, petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd. Najib Sam berkata, kapal itu ditahan pada pukul 3.20 petang oleh bot ronda Maritim Malaysia semasa melaksanakan operasi rutin di perairan Johor Timur.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan 24 kru lelaki termasuk nakhoda, terdiri daripada 19 warga Vietnam dan lima warga Myanmar berumur di antara 22 hingga 55 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan ke atas dokumen kapal mendapati nakhoda telah gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia. Kapal seterusnya ditahan dan nakhoda berserta seorang kru telah dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,”katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI