fbpx

Hilang selepas kontroversi, FreeZia aktif buat kerja amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FREEZIA

PASTI ramai tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan dan bagaimana keadaan terkini FreeZia selepas terpalit dengan kontroversi barangan tiruan sebelum ini.

Berbulan mendiamkan diri, personaliti media sosial dan model itu dilihat muncul semula dalam sebuah perkongsian yang dimuat naik sebuah akaun dalam media sosial pertubuhan bukan kerajaan.

“FreeZia akan datang sebulan sekali dan bekerja keras di dapur.

“Dia dan beberapa orang awam lain turut menyertai penghantaran makanan tengah hari di perkampungan Jjokbang.

“Kami berharap mereka akan terus menyebarkan pengaruh positif pada masa hadapan juga dan tidak pernah lelah dalam membuat kerja amal sebegini,” tulis pertubuhan tersebut dalam hantaran mereka.

Terdahulu, populariti FreeZia selepas menyertai program mencari cinta popular terbitan Netflix, Single’s Inferno merudum selepas dia ditangkap menggunakan pelbagai barangan palsu tetapi mengatakan semuanya tulen.

Disebabkan penipuan tersebut, dia memohon maaf dan mengakui kesilapannya selain turut menjauhkan diri daripada perhatian umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI