fbpx

Hasil Pecca naik 7.42 peratus kepada RM45.65 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pecca  Group Berhad (Pecca) merekodkan hasil bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 (Q3FY22) sebanyak RM45.65 juta, naik 7.42 peratus berbanding RM42.50 juta tahun lalu.

Keuntungan selepas cukai  yang boleh diagihkan kepada syarikat itu meningkat 0.51 peratus kepada RM8.09 juta berbanding RM8.05 juta yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai pada suku semasa pula meningkat sebanyak 28 peratus kepada RM9.81 juta, terutamanya dipacu oleh peningkatan dalam jumlah jualan dan kecekapan kos yang lebih baik disebabkan oleh skala ekonomi.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kelvin Teoh Hwa Cheng berkata, peningkatan ini   disumbangkan oleh jualan lebih tinggi yang dicapai dalam segmen automotif.

Menurut beliau, bagi suku semasa, hasil Kumpulan dipacu oleh upholsteri kulit, bekalan potongan kulit dan bahagian penjagaan kesihatan yang masing-masing menyumbang kira-kira 83 peratus, tujuh peratus dan lima peratus daripada jumlah hasil.

“Kebanyakan pelanggan utama kami juga melihat tahun ini bakal  menjanjikan prospek yang baik dan kami telah meningkatkan tahap pengeluaran untuk mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Hwa Cheng menjelaskan,  hasil yang dijana daripada segmen penjagaan kesihatan pada Q3FY22 lebih rendah pada RM2.38 juta berbanding RM5.88 juta yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.

“Kumpulan menjangkakan permintaan untuk produk PPE dapat dikekalkan kerana pelitup muka gred perubatan dan jenis topeng lain akan terus menjadi bahagian penting dalam kehidupan harian untuk kebanyakan masa hadapan.

“Walaupun kerajaan telah melonggarkan peraturan penggunaan topeng muka di luar rumah, masih digalakkan memakai topeng muka, terutamanya di kawasan sesak.

“Memandangkan masih wajib memakai topeng muka di dalam rumah, Kumpulan tidak menjangkakan kesan yang teruk terhadap perniagaan topeng muka,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI