fbpx

Tukang rumah maut langgar tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas motosikal ditunggangi melanggar tiang lampu di Masjid Tanah, Melaka, malam tadi.

ALOR GAJAH – Seorang tukang rumah maut selepas motosikal ditunggang telah terbabas melanggar tiang lampu di Jalan Solok Seberang, Masjid Tanah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.25 malam itu, mangsa, Nasrudin, 49, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak EX90 dalam perjalanan dari Jalan Padang Kambing ke Tanjung Bidara.

“Setiba di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa telah terbabas melanggar tiang lampu. Akibat kemalangan itu, mangsa terjatuh ke dalam parit yang mengandungi air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan klinik kesihatan Masjid Tanah.

“Mayat mangsa yang dipercayai warga Indonesia telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI