fbpx
GAYA penampilan terkini Aina Abdul yang disamakan dengan rahib.

Tudung macam rahib, itulah jenama Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi yang sinonim dengan ‘gaya pelik’ Aina Abdul sekali lagi menarik perhatian netizen selepas didakwa menggayakan tudung saling tidak tumpah seperti biarawati gereja atau rahib.

Tudung sedondon sut rona putih tersebut digayakan Aina sewaktu hadir ke sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0, semalam.

Menerusi komen yang ditinggalkan netizen dalam saluran YouTube Aina Abdul, ramai tidak bersetuju dan berpendapat cara pemakaian hijab yang digayakan penyanyi berusia 28 tahun itu kerana menyerupai seorang rahib.

Malah, terdapat juga beberapa komen mendakwa pelantun lagu Sumpah itu seperti menjadi mangsa fesyen oleh penata gayanya sendiri.

“Kenapa tudung Aina begitu? Nanti timbul fitnah dah macam perempuan dalam gereja (rahib). Jangan disebabkan fesyen Aina tersasar daripada landasan agama Islam,” kata seorang pengguna YouTube.

“Saya minat sangat dengan Aina, Tapi tudung kenapa macam paderi? Kalau pakai selendang lagi baik,” tegur seorang lagi peminatnya.

“Fesyen tudung agak keterlaluan sehingga boleh disamakan dengan gaya Barat. Tolonglah ubat gaya hijab nanti,” kata seorang lagi peminatnya.

Menjawab komen dan teguran netizen, Aina berkata dia Cuma menganggao ‘hijab ala rahib’ yang diperkatakan netizen itu hanyalah sebagai fesyen semata-mata dan tidak perlu diperbesarkan.

Bahkan, Aina memberitahu dia sudah dimaklumkan tentang gaya hijab yang akan dikenakan ketika sidang media semalam dan bertepatan dengan gaya dan jenama seorang Aina Abdul.

“Sebenarnya gaya hari ini (semalam) memang saya mahu tampil begini. Tiada sebab apa-apa, cuma ini adalah jenama Aina Abdul (gayanya).

“Saya suka berfesyen. Walaupun gaya hijab saya disamakan seperti sister (rahib), saya hanya anggap gaya tersebut hanya fesyenn sahaja,” katanya.

Ujar pelantun lagu Semalam itu lagi, gaya hijab yang dikenakan semalam itu juga hanyalah bersifat sementara sahaja, selain tidak menjadi punca dirinya perlu menukar agama.

Bahkan, Aina menegaskan bahawa dia mahu memberi inspirasi kepada orang lain yang mahukan sesuatu kelainan.

“Bukannya saya pakai hijab begini, saya akan berubah dan ‘memuja’ sesuatu. Lagi pun ini cara saya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk tampil dengan kelainan.

“Untuk mereka di luar sana (netizen), kalau mahu ikut, ikutlah, Kalau tidak mahu, terpulang. Lagi pun saya tidak pernah suruh pun orang lain pakai hijab seperti ini,” katanya.

Sekadar info, Aina bakal menjayakan sebuah konsert, A Night With Aina Abdul 2.0 pada 25 dan 26 Jun 2022 bertempat di Istana Budaya.

Dalam sidang media semalam, Aina memaklumkan jualan tiket konsertnya menerima sambutan positif dan sudah terjual lebih daripada 85 peratus. – KOSMO! ONLINE

POPULAR