fbpx

Psy tunai janji datang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSY

BUAT peminat Psy, ini berita gembira buat anda semua selepas penyanyi itu mengesahkan akan hadir ke Malaysia Jun nanti.

Berita tersebut turut dikongsikan penyanyi lagu hit Gangnam Style itu menerusi Twitter miliknya dan turut dikongsikan kelab peminatnya di negara ini.

Dikatakan, Psy akan membuat persembahan menerusi acara solo SVO Grand International Fiesta yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 Jun akan datang.

Bagaimanapun, acara tersebut dikatakan bersifat peribadi dan persembahan komersial tertutup yang hanya boleh dihadiri tetamu jemputan.

Terdahulu, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang berjanji akan kembali ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya di negara ini selepas membuat konsert pertamanya di sini pada 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI