fbpx

Risiko jangkitan cacar monyet pada kanak-kanak amat rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan ruam pada kulit yang disebabkan oleh wabak cacar monyet. - TNS

LONDON – Pakar-pakar kesihatan Britain meminta agar ibu bapa kekal bertenang dalam berdepan penularan wabak cacar monyet kerana jangkitan ke atas golongan kanak-kanak adalah sangat jarang berlaku, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Pakar perubatan juga memaklumkan bahawa jika ibu bapa mengesan ruam pada kanak-kanak, ia lebih berkemungkinan disebabkan oleh campak atau penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pendedahan tersebut dibuat selepas jumlah kes yang disahkan di Britain meningkat kepada 71 awal hari ini.

Perunding Penyakit Berjangkit Pediatrik Alder Hey Children, Dr. David Porter  yang telah meneliti wabak semasa dan kes-kes lepas menjelaskan kebarangkalian jangkitan cacar monyet dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat rendah.

“Pada pendapat profesional saya, ibu bapa tidak perlu risau jika anda mengesan kesan ruam pada badan anak kerana kemungkinan ia adalah cacar monyet sangat rendah.

“Berdasarkan kajian ke atas wabak ini sejak beberapa tahun lepas, cacar monyet adalah cenderung menyerang golongan dewasa dan jarang ditemui pada kanak-kanak,” jelas Porter.

Tambah Porter, sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai sebarang kontak dengan individu yang berisiko menghidapi cacar monyet maka ibu bapa tidak perlu bersikap paranoid. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI