fbpx

Radiance Assets peruntuk RM250,000 bina pusat pemerhatian astronomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ezman (dua dari kiri) dan Ahmad Fuzi (dua dari kanan) hadir pada majlis pecah tanah projek pusat pemerhatian astronomi di Sekolah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam baru-baru ini.

BUKIT MERTAJAM – Radiance Assets Berhad (Radiance Assets) memperuntukkan sehingga RM250,000 untuk membina pusat pemerhatian astronomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (HSBM) di Pulau Pinang.

Pengerusi Eksekutif Radiance Assets, Dr. Mohd. Ezman Zamani berkata, pusat yang dijangka siap dalam tempoh setahun itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan untuk mendekati kumpulan sasaran yang memerlukan.

“Ia bakal dikenali sebagai Pusat Pemerhatian Astronomi Tun Ahmad Fuzi sempena nama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

“Kita percaya dengan adanya pusat pemerhatian ini, ia dapat menarik minat lebih ramai pelajar menceburi bidang astronomi pada masa akan datang,” kata­nya.

Mohd. Ezman Zamani

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pecah tanah untuk projek pusat pemerhatian astronomi yang telah disempurnakan oleh Ahmad Fuzi di HSBM baru-baru ini.

Turut berlangsung pada majlis yang sama adalah sesi ­penyerahan cek tajaan bernilai RM250,000 oleh Radiance Assets kepada alumni sekolah tersebut melalui Presiden Alumni HSBM, Datuk S. Kulasegaran.

Majlis itu diadakan bersempena Hari Gabenor HSBM iaitu sebagai penghargaan kepada Ahmad Fuzi yang menjadi alumni pertama sekolah itu selepas dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Mohd. Ezman Zamani berkata, idea untuk membina pusat pemerhatian itu tercetus ekoran minat Ahmad Fuzi yang mendalam terhadap bidang astronomi, aplikasi sains dan teknologi.

Sehubungan itu, HSBM bersama alumni sekolah dan Persatuan Astronomi Pulau Pinang telah berbincang dan mencadangkan projek pembangunan pusat ber­kenaan di sekolah, selain disokong penuh oleh Ahmad Fuzi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI