fbpx

Kim Garam direhatkan, LE SSERAFIM kini tinggal berlima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM Garam direhatkan, kini LE SSERAFIM meneruskan aktiviti bersama lima ahli.

SUSULAN kontroversi buli melibatkan Kim Garam, kumpulan LE SSERAFIM terpaksa meneruskan aktiviti dan jadual seni mereka dengan hanya lima anggota.

Buat pertama kali, kumpulan itu muncul di hadapan umum secara berlima ketika mengadakan persembahan untuk episod baharu rancangan Inkigayo pada Ahad lalu.

LE SSERAFIM menjayakan persembahan mereka dengan menyanyikan lagu debut, Fearless menampilkan lima anggota iaitu Sakura, Chaewon, Yunjin, Kazuha dan Eun-chae.

Sejurus persembahan tersebut tamat, rata-rata netizen meluahkan rasa lega kerana kelibat Kim Garam tidak lagi kelihatan dalam kumpulan itu.

“Akhirnya saya dapat lihat persembahan mereka dengan selesa,” ujar seorang peminat.

Baru-baru ini, Source Music mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kes buli membabitkan Garam dan penyanyi itu akan direhatkan daripada terlibat dengan semua aktiviti bersama LE SSERAFIM.

Tak sampai sebulan selepas memulakan debut pada 5 Mei lalu, nama Garam memanas apabila dia dituduh melakukan perbuatan buli ketika zaman persekolahan.

Isu buli juga menjadi penyebab desakan netizen agar Garam digugurkan atau dibuang daripada kumpulan LE SSERAFIM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI