fbpx

Untung suku pertama UMW naik 26.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI)  UMW Holdings Berhad (UMW)  meningkat sebanyak 26.8  peratus kepada RM101.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022  berbanding RM79.8 juta yang dicatatkan pada suku yang sama berakhir 31 Mac 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, peningkatan tersebut didorong oleh peningkatan hasil perniagaan sebanyak 23.6 peratus kepada RM3.65 bilion.

Menurut beliau, prestasi yang menggalakkan itu disokong oleh sumbangan yang baik daripada segmen automotif dan jentera dengan permintaan bertambah baik berikutan pemulihan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Nasional.

“Kami berasa yakin dengan keputusan bagi suku pertama 2022  walaupun dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

“Peralihan kepada fasa endemik Covid-19 dijangka  mempergiatkan kembali aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan global, dengan sekatan yang semakin dilonggarkan, serta pembukaan semula sempadan antarabangsa.

“Namun begitu, Kumpulan tetap akan bersiap sedia dengan pelbagai halangan luaran, termasuk ancaman Covid-19 yang berlarutan, gangguan rantaian bekalan yang berterusan dan berpanjangan, serta kesan dan akibat terhadap peningkatan konflik geopolitik.

“Kumpulan akan terus melaksanakan inisiatif strategiknya untuk memberikan tumpuan dalam memacu kecekapan operasi dan menjalankan aktiviti pengoptimuman kos untuk meningkatkan daya tahannya,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Ahmad Fuaad menjelaskan, segmen Automotif meningkat sebanyak 28.1 peratus kepada RM3.07 bilion  berbanding suku yang sama, disokong oleh bilangan jualan kenderaan yang lebih tinggi yang dipacu oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu.

Selaras dengan hasil perniagaan dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat berkaitan, keuntungan sebelum cukai dan zakat  bagi segmen tersebut melonjak sebanyak 41.4 peratus kepada RM205.8 juta. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI