fbpx
THOMAS berjaya menewaskan Zalatoris pada aksi playoff sekali gus berjaya merangkul Kejuaraan PGA awal pagi semalam. – AFP

Thomas rangkul Kejuaraan PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OKLAHOMA – Atlet golf dari Amerika Syarikat (AS), Justin Thomas mencipta sensasi tersendiri apabila menjuarai kejohanan bertaraf major, Kejuaraan PGA di Tulsa, Oklahoma awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Thomas yang merupakan bekas juara edisi 2017 menggunakan pe­ngalamannya untuk menafikan cabaran daripada rakan se­negara, Will Zalatoris pada penentuan playoff.

Kata Thomas, apa yang diharungi kali ini sangat luar biasa terutama ketika saingan sebenar sebelum penentuan playoff, kejuaraan hampir pasti menjadi milik pemain golf dari Chile, Mito Pereira.

“Ini adalah hari yang pelik buat semua orang, tetapi saya percaya keputusan ini membuktikan tiada apa yang mustahil dalam arena sukan antarabangsa terutama di lapangan golf.

“Mungkin pengalaman telah membantu saya untuk melakar kejuaraan kali ini khususnya ketika aksi memasuki peringkat playoff. Sudah tentu kejuaraan kali ini cukup manis selepas kali terakhir saya mendakap trofi yang sama lima tahun lepas pada 2017,” katanya yang kini berusia 29 tahun.

Sementara itu, Zalatoris mengakui agak terkilan apabila usahanya untuk menamatkan penantian menjuarai kejohanan bertaraf major buat kali pertama dalam karier tidak kesampaian.

“Saya begitu hampir untuk menang kali ini, tetapi nasib ternyata tidak memihak kepada saya. Secara jujur, saya telah menunjukkan peningkatan dengan dua kejohanan major selepas ini, sudah tentu saya optimis peluang saya akan tiba,” katanya. – AGENSI

POPULAR