fbpx

Keluang Man bakal ke layar perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siri animasi Keluang Man bakal difilemkan tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Siri animasi popular sekitar tahun 90-an, Keluang Man dilaporkan bakal berada di layar perak tidak lama lagi.

Keluang Man yang dilhamkan oleh pengkarya agung negara, Allahyarham Kham Ismail merupakan siri yang sinonim dengan kanak-kanak era tersebut.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan sebuah portal tempatan, filem aksi Keluang Man bakal dibuat selepas Astro Shaw dilaporkan telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP Keluang Man, Iconic Animation Studios Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, kerjasama itu menjadi titik permulaan buat kedua-dua studio itu dalam memperkenalkan semula animasi adiwira legenda kepada generasi baru.

“Kami percaya jenama Keluang Man amat besar dalam industri seni animasi tempatan dan mempunyai peminat tersendiri yang membesar bersama siri animasi ini.

“Meskipun jenama ini telah lama disiarkan, namun apabila ia diulang tayang selepas 10 tahun kemudian, ia masih mendapat sambutan baik dan itu membuktikan animasi adiwira ini mampu meninggalkan kesan di hati penonton dan sentiasa relevan mengikut peredaran zaman.

“Kami harap berita baik ini dapat memberi keterujaan buat peminat dan sekali gus dapat membuktikan karya animasi tempatan mampu diangkat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI