fbpx

Dua lelaki maut motosikal bertembung di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang Muhammad Hanieff selepas bertembung dengan sebuah motosikal di Lorong Dusun Nyor, Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas awal pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung semasa melalui Lorong Dusun Nyor, Kampung Kubang Bemban di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, Mohamad Aiman Rani Abdullah,17, dan Muhammad Hanieff Nazri, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, Mohamad Aiman Rani yang bekerja sebagai peniaga menunggang motosikal jenis Honda C70 dari arah Pasir Mas menghala ke Kampung Kubang Bemban.

Menurutnya, Muhammad Hanieff yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 pula datang dari arah bertentangan dengan Mohamad Aiman Rani.

“Semasa tiba di kawasan Lorang Dusun Nyor, kedua-dua buah motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bertembung di tengah-tengah jalan.

“Insiden itu menyebabkan mereka jatuh di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI