fbpx
DH tetap meneruskan majlis persandingan meskipun tanpa kehadian pengantin lelaki. – Merdeka/Irwanto

Berang motosikal dijual untuk biaya nikah, pengantin lelaki enggan berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Palembang, Sumatera Selatan terpaksa bersanding sendirian di pentas pelamin selepas pengantin lelaki enggan hadir ke majlis disebabkan marah kepada wanita itu, lapor laman berita Detik hari ini.

Menurut laporan, pengantin perempuan dikenali sebagai DH itu tetap meneruskan majlis persandingan meskipun tanpa kehadiran pengantin lelaki.

Ibunya, Rapita berkata, acara itu tetap diteruskan bagi menghormati kira-kira 200 tetamu yang telah hadir.

Tambahnya, calon menantunya berasa marah kerana motosikal miliknya telah dijual oleh ibu bapanya bagi mendapatkan wang untuk membiayai pernikahan itu.

Bahkan seminggu sebelum acara pernikahan dijadual berlangsung, lelaki itu ada menghubungi DH menerusi aplikasi WhatsApp dan menyuarakan rasa marahnya.

Dia juga menyalahkan DH kerana motosikal miliknya telah dijual oleh ibu bapanya sendiri untuk membiayai pernikahan mereka selain meminta wanita itu mengembalikan wang tersebut. – Agensi 

 

POPULAR