fbpx

Belgium wajibkan pesakit cacar monyet kuarantin 21 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu boleh dijangkiti penyakit cacar monyet sekiranya menyentuh luka pada kulit pesakit. - Twitter

BRUSSELS – Belgium menjadi negara pertama di dunia yang melaksanakan perintah kuarantin kepada pesakit cacar monyet yang mewajibkan mereka menjalani tempoh pengasingan selama tiga minggu, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kumpulan Penilaian Risiko Belgium (RAG) berkata, mereka yang dijangkiti penyakit itu perlu menjalani kuarantin selama 21 hari sehingga kudis di badan menjadi reda.

Bagi yang mempunyai gejala-gejala pula, mereka perlu mendapatkan khidmat nasihat perubatan.

Penyakit cacar monyet mempunyai tempoh inkubasi selama 21 hari.

Justeru itu, orang ramai diberi amaran agar berwaspada selepas tiga hari mereka terdedah dengan pesakit cacar monyet.

Menurut Ketua Penasihat Perubatan Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA), Dr. Susan Hopkins, jangkitan komuniti bagi wabak itu kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar.

“Ia kebanyakan menyerang individu gay atau biseksual, atau lelaki yang melakukan hubungan seksual sesama jantina.

“Keadaan ini disebabkan oleh kontak rapat yang sering berlaku sesama mereka. Jadi, sesiapa yang kerap menukar pasangan atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang tidak dikenali, mereka perlu melaporkan jika terdapat sebarang gejala pada kulit,” ujar beliau.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu boleh dijangkiti penyakit tersebut sekiranya menyentuh luka pada kulit pesakit, melalui titisan pernafasan atau menyentuh objek tercemar (seperti tuala atau katil).

Tambahya, penularan menerusi zarah titisan pernafasan kebiasaannya memerlukan interaksi bersemuka dalam tempoh lama, sekali gus meletakkan petugas kesihatan, ahli keluarga dan kontak-kontak rapat kes aktif berisiko dijangkiti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI