fbpx

Banjir kilat, pokok tumbang di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memotong dan membersihkan pokok tumbang di atas jalan raya dalam kejadian di Taman Tasik Seremban, Seremban malam ini.

SEREMBAN – Beberapa lokasi di daerah ini dilaporkan mengalami kejadian banjir kilat dan pokok tumbang ekoran hujan lebat dan ribut yang berlaku malam ini.

Pegawai Bertugas di Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan , Penolong Penguasa Bomba, Nurazhim Mohd. Shah berkata, pihaknya mendapat banyak panggilan tentang kejadian berkaitan dan pihak bomba masih menjalankan operasi sehingga kini.

“Beberapa lokasi di sekitar Seremban mengalami kejadian pokok tumbang iaitu di Taman Bandar Ekar, Rantau, Stesen Minyak Shell Tol Senawang, Garden Street Home, Taman Tasik Seremban dan Taman Warisan Puteri, Sikamat.

“Selain itu, lima kes banjir kilat turut berlaku iaitu di Taman England, Taman Nyior Hijau, Kampung Ismail, Ampangan, Taman Happy Garden, Rasah dan pihak bomba sedang menjalankan operasi menyelamatkan mangsa di lokasi berkenaan, “ katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI