fbpx

Cuaca cerah hampir di semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Cuaca cerah dan baik dilaporkan hampir di semua negeri pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporannya di YouTube berkata, bagaimanapun, cerapan cuaca di sebelah selatan mendapati beberapa kawasan mengalami hujan.

“Ia membabitkan dua kawasan di selatan Johor dan dijangka berlarutan sehingga tengah hari nanti.

“Di Sabah pula, cuaca mendung turut dilaporkan melibatkan Kudat dan Sandakan,” katanya.

Sementara itu, di sebelah petang, hujan lebat dan ribut petir diramalkan berlaku membabitkan kawasan pendalaman di Negeri Sembilan dan Johor.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya minum air secukupnya dan elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI