fbpx

Penduduk Selangor rugi RM19.8 juta diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi (tengah) ketika sidang akhbar selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) UiTM Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Penipuan Macau Scam di Selangor membimbangkan dengan merekodkan sebanyak 156 kes membabitkan kerugian RM19.8 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, rata-rata kes melibatkan transaksi secara dalam talian dengan menyamar sebagai penjawat awam dan pembelian barangan.

Katanya, pemerhatian pihaknya turut mendapati mangsa terdiri daripada semua golongan termasuk korporat dan kakitangan kerajaan.

“Sepanjang tempoh Januari hingga April lalu, Macau Scam mencatatkan jumlah kes yang tinggi sehingga kerugian melebihi RM19 juta.

“Keadaan itu nyata membimbangkan dan menunjukkan bahawa masih ramai mangsa terpedaya dengan penipuan terutama secara online,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai
Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Tegas Arjunaidi, punca utama kes penipuan masih berleluasa adalah kerana mangsa terlalu panik dan mudah mempercayai individu yang menyamar penjawat awam menerusi panggilan telefon atau membeli barangan tidak wujud.

“Selain itu, saya berasakan bahawa undang-undang sedia ada perlu dipinda seiring dengan zaman teknologi yang kian canggih,” jelasnya.

Dalam pada itu, Arjunaidi memberitahu, pihaknya menyokong penuh sekiranya 554 pegawai Kor Suksis di Selangor mahu terus menabur bakti bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kesemua pelajar di empat universiti termasuk UiTM itu amat digalakkan menyertai bidang kepolisan sama ada pegawai atau anggota dan mereka sentiasa dialukan untuk menjadi sukarelawan polis selepas tamat pengajian kelak,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI