fbpx
NOR IMAN ALIFF berjaya menyumbang emas ke-39 buat negara pada temasya Sukan SEA Vietnam sebentar tadi.

Nor Iman Aliff sumbang emas ke-39 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI – Jaguh Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib melakukan kejutan apabila menghadiahkan emas ke-39 Kontinjen Malaysia pada aksi terakhir sebelum Sukan SEA Vietnam melabuhkan tirai secara rasmi esok.

Meskipun membuat kemunculan pertama di temasya dwitahunan tersebut, juara remaja dunia 2021 menampilkan perlawanan cukup bertenaga untuk mengatasi lawan tuan rumah, Huynh Hoang Phi dalam kategori Lelaki Elit Bawah 54kg.

Ketinggian yang dimiliki Nor Iman memberi kelebihan kepada jaguh berusia 18 tahun itu untuk meraih kemenangan 30-27 (10-9,10-9,10-9) dalam pertarungan tiga pusingan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR