fbpx

Lelaki selamba angkut rumput halang rombongan pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki bertindak mengangkut rumput melalui sebuah majlis perkahwinan. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan tindakan selamba seorang lelaki yang mengangkut rumput menggunakan motosikal sambil melintasi melalui acara sebuah majlis perkahwinan, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @trionoerkholis.

Rakaman memaparkan sebuah kawasan perumahan yang sedang mengadakan majlis perkahwinan dengan keluarga pengantin dan tetamu undangan berkumpul di luar rumah. 

Majlis itu diadakan di rumah pengantin perempuan dan pihak keluarga sedang menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki.

Secara tiba-tiba, seorang penunggang motosikal melalui kawasan tersebut sambil mengangkut longgokan rumput yang memenuhi bahagian tempat duduk belakang. 

Lelaki itu bahkan kelihatan tidak teragak-agak meminta rombongan pengantin lelaki untuk memberi laluan kepadanya ketika melintasi mereka.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pengantin lelaki ketawa, mesti orangnya baik,” tulis seorang netizen.

“Nasib baik bukan ayah saya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI