fbpx

Lelaki ragut rantai emas warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal dan beberapa barangan yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian ragut di Jalan Kuchai Maju 10 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada pukul 10.15 malam semalam di sekitar Brickfields.

“Kejadian melibatkan seorang wanita warga asing berusia 31 tahun yang sedang berjalan berseorangan di Jalan Kuchai Maju 10 sebelum suspek yang menaiki motosikal meragut rantai emas milik mangsa dari arah belakang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah menahan suspek yang berusia 33 tahun di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semakan mendapati, suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.

“Polis turut merampas barangan yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah termasuk sebuah motosikal Yamaha NVX.

“Suspek juga mengaku meragut rantai emas mangsa sebelum menjual di sebuah kedai pajak gadai sekitar Bandar Sri Permaisuri, Cheras dengan nilai pajakan sebanyak RM600,” jelasnya,

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI