fbpx

Aina Abdul comel, bersenam pakai gaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA bersenam sambil memakai gaun mencuit hati peminatnya.

SIAPA tidak kenal dengan penyanyi Aina Abdul? Mari sini Diva nak tarik telinga dia. Sebut sahaja Aina Abdul, satu Malaysia tahu tentang penyanyi yang suka berpakaian dengan gaya aneh ketika membuat persembahan pentas.

Selepas kerap muncul di atas pentas dengan gaya pakaian yang pelik, Aina baru-baru ini mencuri perhatian ramai peminatnya apabila memakai gaun sambil melakukan aktiviti bersenam di gimnasium.

Hampir terbeliak biji mata Diva melihat kegigihan Aina mengangkat bebanan dengan memakai gaun serba hitam.

Diva syak mungkin Aina baru pulang dari membuat persembahan pentas dan tidak sempat menukar pakaian sukan kerana sudah kesuntukan masa untuk bersenam.

Aina perlu berdisiplin dalam menjaga stamina memandangkan konsertnya, A Night With Aina Abdul 2.0 akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur dengan gelagat Aina bersenam di gimnasium. Kata mereka, penyanyi itu tetap kelihatan anggun mengenakan gaun labuh.

“Gila betul bersenam pakai dres,” kata seorang peminatnya.

“Tak kisah pakai dres, janji boleh bersenam di gimnasium. Comel betul perangai Aina,” komen seorang lagi peminatnya.

DIVA: Datuk Seri Vida nasihatkan pesohor media sosial supaya jangan buat gimik murahan. Rasa nak tersembur teh tarik yang Diva minum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI