fbpx

Polis siasat ciapan tular gugat ketenteraman awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu ciapan di Twitter oleh seorang pemimpin yang kini disiasat Bukit Aman.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung satu ciapan di Twitter mengandungi unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Difahamkan, ciapan yang dimuat naik adalah ‘Will the houses of the Prime Minister and Ministers of Malaysia be set on fire by angry protesters as happened in Sri Lanka last week?’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, imej tangkap layar ciapan tersebut turut tular di aplikasi WhatsApp sejak dimuat naik semalam.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai juga perlu menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang boleh menggugat keharmonian negara,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI