fbpx

Doktor dari India, Arab Saudi mahu bantu Ustaz Kazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meskipun menghidap penyakit misteri Ustaz Kazim (dua dari kiri) tetap hadir pada program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Jubli Kuala Kangsar, Kuala Kangsar kelmarin.

KUALA KANGSAR – Ramai pihak tampil menawarkan bantuan dalam mengubati penyakit misteri yang dihadapi pence­ramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias selepas kisah beliau tular sejak tiga hari lalu.

Mohd. Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, tawaran bantuan yang dite­rimanya itu melibatkan doktor dari dalam serta luar negara se­perti India dan Arab Saudi.

“Terlalu ramai yang menghubungi saya serta pembantu peribadi saya menawarkan bantuan dan meminta rekod perubatan dan darah saya untuk mereka bantu.

Berita berkaitan: Ustaz memang sakit, saya sendiri lihat kulit dia’ – Jurusolek

“Selain doktor-doktor, terdapat juga pengamal perubatan ­alternatif yang turut menghubungi serta datang ke sekolah dan rumah saya untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! ketika ditemui selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Jubli Kuala Kangsar, di sini kelmarin.

Turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan adalah Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Nazrin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berita berkaitan: Ustaz Kazim cari bomoh hantar sihir kepadanya

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rak­yat dan ketua-ketua jabatan.

Tambahnya, beliau amat terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak yang tampil bagi membantunya selepas pelbagai ikhtiar diambil beliau dalam mengubati penyakit misterinya menemui jalan buntu.

“Jadi prihatin mereka ini saya ucapkan terima kasih sangat-sangat, malah ada yang hantar ubat pun ada macam-macam krim dihantar.

“Saya ambil kesempatan ini berasa berbesar hati dengan bantuan serta janji-janji mereka untuk tolong saya, saya ber­syukur sangat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penyakit misteri dipercayai akibat disihir yang dihidapinya, Ustaz Kazim berkata, dia sudah tidak boleh menyembunyikan perkara berkenaan.

Berita berkaitan: Ini bukan marketing, saya sudah tak tahan’- Kazim Elias

Katanya, selepas menerima nasihat isterinya dia mengambil keputusan untuk memberitahu kepada umum bagi memudahkannya mendapat pertolongan daripada orang ramai dengan izin Allah.

“Saya menanggung masalah kulit yang selama ini saya simpan bertahun-tahun dengan bersolek dan saya menghadapi tekanan perasaan kerana malu dan takut orang tahu.

“Saya berbincang dengan isteri saya dan dia kata saya kena bagi tahu pada orang ramai ­keadaan kesihatan abang, mungkin ada orang boleh tolong, mungkin ada yang boleh bantu,” katanya.

Terdahulu Ustaz Kazim di dalam dua hantaran berasingan di media sosial miliknya memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit di­alaminya.

Hantaran berkenaan me­nerima pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila kebanyakan mereka mendoakan kesembuhan beliau selain ada yang ­menawar kan diri untuk memberi bantuan.

Sementara itu, di dalam siaran langsung di Facebooknya kelmarin, Ustaz Kazim turut memaklumkan akan mencari individu atau seorang bomoh di Thailand yang dipercayai mengenakan sihir kepada beliau seperti di­dakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI