fbpx

Ini bukan marketing, saya sudah tak tahan’- Kazim Elias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim berkongsi gambar keadaan mukanya menerusi satu hantaran di laman sosial hari ini.

PETALING JAYA – “Saya bukan sombong atau berlakon, saya malu dan merendah diri.”

Demikian luahan pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim bagi menjelaskan keadaan kesihatannya ketika ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Ustaz Kazim berkata, meskipun dilabel sombong kerana tidak beramah mesra bersama pendengar seperti dahulu, beliau tetap tabahkan hati.

“Terima kasih atas ribuan yang komen. Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan selama lapan bulan, saya tak boleh sembunyi lagi dari orang ramai.

“Inilah keadaan muka saya dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak ramai. Bukan hanya di muka tetapi di seluruh badan. Ia boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah,” katanya.

Menurutnya, beliau kini memerlukan pertolongan dari sesiapa sahaja mahupun doktor daripada perubatan alternatif untuk merawatnya.

“Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sembunyikan. Saya juga tidak boleh tidur sejak berbulan yang lepas.

“Saya dah berusaha berubat banyak tempat, tetapi masih belum diberi keizinan oleh Allah. Saya bimbang keadaan saya ini akan menghilangkan saya daripada dunia dakwah,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi sesi Live pagi ini, Ustaz Kazim menegaskan kepada orang ramai bahawa apa yang terjadi kepadanya bukanlah ‘gimik’ semata-mata.

“Jadi itulah keadaan diri saya. Saya bukan nak marketing, berlakon dan prank ke. Ini semua nyata bahawa saya telah disihir,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI