fbpx

RM4.6j baik pulih, bina rumah baharu veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DZULKARNAIN Ahmad (dua dari kiri) dan Haniza (kiri), menyerahkan replika kunci kepada Mohamad Sahil pada Majlis Serah Kunci Rumah-Bina Baharu di Kuala Klawang, Jelebu hari ini.-FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

JELEBU – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) memperuntukkan sebanyak RM4.6 juta tahun ini bagi pembinaan baharu dan baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, kos tersebut membabitkan 250 unit rumah yang dibaik pulih yang bernilai RM17,000 seunit serta 28 unit bina baharu bernilai RM70,000 seunit.

“Rumah yang dibaik pulih termasuklah membaiki struktur yang penting seperti lantai dan bumbung yang rosak.

“Pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) turut memberikan subsidi sebanyak RM20,000 bagi pembinaan setiap unit rumah baharu ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Kunci Rumah-Bina Baharu Menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Kampung Sarin, Kuala Klawang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi SPNB, Haniza Mohamed Talha, Panglima 1 Briged, Brig. Jeneral Mohd. Saifulhisham Baharom dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Malaysia (PVATM) Negeri Sembilan, Adnan Ahmad. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI