fbpx

Pelajar didakwa sebabkan kematian dua pemotong rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki dituduh memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian dua lelaki Myanmar pada 7 Mei lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua pemotong rumput pada 7 Mei lalu.

Tertuduh yang memakai uniform sekolah dan diiringi ahli keluarga membuat pengakuan itu pada prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret, Noor Fazlina Musa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua lelaki Myanmar iaitu
Siouca Chakma, 21, dan Akter Kamal Hosen, 33.

Kejadian berlaku di Jalan Pintasan Semeling dalam daerah Kuala Muda kira-kira pukul 11.10 pagi, 7 Mei lalu.

Pendakwaan ke atas pelajar itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI