fbpx
LOH (kiri) bersama Dr. Raymond pada majlis pelancaran kerjasama antara Watsons Malaysia dengan DOC2US di Kuala Lumpur semalam.

Kerjasama DOC2US, Watsons sedia perkhidmatan kesihatan maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – DOC2US, ­penyedia perkhidmatan e-pres­kripsi pertama di Malaysia, telah bekerjasama dengan Watsons Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan maya melalui sistem jabat tangan yang komprehensif.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, kerjasama tersebut dijangka membawa integrasi yang le­bih lancar antara farmasi dan pengamal perubatan di seluruh rantau ini.

Menurut beliau, melalui sistem e-preskripsi DOC2US yang ditandatangani secara digital, farmasi seperti Watsons akan dapat mengeluarkan ubat yang dipreskripsi secara elektronik oleh doktor bertauliah dan berlesen daripada DOC2US.

“Kami berbangga untuk me­lancarkan satu lagi penyele­saian inovatif kepada pelanggan dan ahlinya melalui perkongsian strategik ini.

“Pelanggan kami boleh menggunakan aplikasi mudah alih Watsons Malaysia untuk berbual dengan doktor daripada DOC2US dan mendapatkan e-preskripsi segera untuk ubat-ubatan yang akan dikeluarkan di kedai farmasi kami.

“Mereka kemudiannya boleh mengambil ubat di kedai yang dipilih,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, DOC2US, Dr. Raymond Choy menjelaskan, perkongsian de­ngan Watsons adalah langkah penting untuk merapatkan jurang antara doktor dan komuniti farmaseutikal.

“Doktor dan ahli farmasi adalah dua sisi syiling yang sama dan seharusnya tidak ada kon­flik kepentingan yang ketara jika kita melihat gambaran yang lebih besar dengan mengambil kira kepentingan terbaik pesakit.

“Walaupun peranan dan tanggungjawab mereka digariskan dengan jelas, pemeriksaan kesihatan secara konvensional dilakukan bukan sahaja di klinik dan hospital tetapi juga di makmal serta farmasi pada masa kini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR