fbpx

UMNO Kuala Selangor tolak kehadiran program Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim menolak kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam mana-mana program di Parlimen kawasan tersebut.

Menurutnya, beliau telah mengeluarkan arahan kepada kesemua kepimpinan parti empat peringkat untuk tidak terlibat dengan sebarang program dengan Zafrul.

“Saya mengesahkan surat yang tular tersebut adalah benar.

“Bagi pihak UMNO Bahagian Kuala Selangor, saya seratus peratus menolak kehadiran beliau mengadakan program yang saya lihat merosakkan jentera Parlimen Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp berhubung surat daripada pihaknya yang memberi arahan kepada kepimpinan bahagian untuk tidak terlibat dengan program melibatkan Zafrul.

Perkara itu didakwa mempunyai hubung kait dengan gerakan didalangi ‘anasir luar’ yang mahu meraih sokongan agar Tengku Zafrul bertanding sebagai calon UMNO di Kuala Selangor sekaligus boleh memecahkan UMNO bahagian itu.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI