fbpx
Gambar hiasan.

Suami marah kena kecam keluar lepak dengan kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang lelaki berstatus suami menjadi marah apabila hantaran WhatsApp yang dimuat naiknya menjadi tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menerusi hantaran terdahulunya, dia meluahkan rasa rimas disebabkan sering dihalang oleh isterinya ketika ingin keluar bersama rakan-rakan.

“Aku tak faham la bini (isteri) aku ini susah sangat ke nak jaga anak seorang? sampai aku nak lepak dengan kawan-kawan pun susah.

“Memang la anak sama-sama, tapi memang tak susahkan? aku lelaki, kerja siang malam cari duit untuk keluarga, beras aku beli dan aku pun nak masa untuk santai dengan kawan-kawan,” luahnya.

Hantarannya itu mendapat perkongsian tinggi daripada pengguna laman Twitter sejak semalam dan ramai mengecam serta menegur tindakan lelaki tersebut agar lebih mengutamakan keluarga berbanding rakan-rakan.

Tangkap layar hantaran WhatsApp lelaki tersebut yang menjadi bualan hangat pengguna media sosial sejak semalam.

“Ada sebab isteri kau tak bagi keluar ke apa, mungkin dia perlu pertolongan kau masa di rumah, masa dengan anak, dah kahwin buat cara dah kahwin, bukan sibuk keluar melepak lagi,” ujar seorang pengguna.

Sehubungan itu, dia sekali lagi dikatakan memuat naik hantaran yang baru dengan mengeluarkan kata-kata kesat disebabkan berang dengan tindakan orang ramai yang didakwa sengaja menularkan kisahnya di media sosial.

“Siapa la pergi viral hantaran aku semalam (kelmarin), ‘lunyai’ aku kena bantai (hentam) dengan netizen, lantak kau lah! aku tahu aku betul.

“Memang tanggungjawab bini lahirkan anak dan jaga anak luar dalam, aku nak santai dengan kawan-kawan, bukan panjat rumah janda,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan dilihat seperti mengugut isterinya dengan kata-kata ugutan sekiranya masih berkelakuan sama.

“Aku lelaki, dah sediakan makan minum segalanya, apa lagi bini nak, banyak perangai macam ini aku lepaskan baru padan muka. Ingat aku hadap ke dengan kau?,” cabarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

POPULAR