fbpx

Obiena perbaharui rekod sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OBIENA terus membuktikan kemampuan apabila mencipta rekod baharu kejohanan sekali gus memadam rekod lama yang juga menjadi miliknya. – AFP

HANOI – Jaguh lompat bergalah Filipina, Ernest John Obiena membuktikan dia adalah atlet terbaik rantau Asia Tenggara apabila memperbaharui rekod temasya miliknya sendiri pada Sukan SEA Vietnam 2021.

Menerusi rekod baharu yang dilakar, dia yang juga pemegang rekod Asia berjaya membawa pulang pingat emas buat negaranya selepas melakukan lompatan 5.46 meter (m) bagi memadam rekod lama 5.45m.

Obiena nyata gembira dengan kemenangan tersebut apabila menganggap kerja kerasnya selama ini berbaloi selepas berjaya menambah koleksi pingat emas buat kontinjen Filipina.

“Saya sangat lega dan gembira untuk merangkul pingat emas buat negara. Sudah tentu ia satu kejayaan yang sangat penting kerana saya dapat memperbaharui rekod Sukan SEA milik saya sendiri.

“Segala kerja keras yang dilakukan ketika membuat persediaan menghadapi Sukan SEA membuahkan hasil. Sudah tentu saya akan nikmati kejayaan ini buat seketika sebelum fokus pada kejohanan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Obiena juga mengakui agak kecewa kerana percubaan untuk memecahkan rekod Asia 5.93m miliknya sendiri gagal selepas tiga percubaan lompatan.

“Saya mahu memperbaharui rekod (Asia) tersebut kerana ini adalah salah satu peluang terbaik. Saya tidak tahu bilakah lagi saya akan mendapat peluang seperti ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI