fbpx

Kes HFMD di Melaka terus melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kalsom

MELAKA – Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka melonjak melebihi 1,100 kes dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri,Datuk Kalsom Noordin berkata, sehingga kini seramai 1,142 kanak-kanak di bawah usia empat tahun telah dijangkiti wabak itu.

“Sehingga 14 Mei lalu, kita merekodkan seramai 1,142 kanak-kanak telah dijangkiti HFMD.

“Kes ini dilihat terus melonjak naik berbanding sebelum ini sebanyak 977 kes direkodkan pada minggu Epid (ME) ke-18,” katanya selepas Program Keselamatan dan Kesihatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, 26 kes telah direkodkan di empat buah taska dan kesemuanya telah diarahkan tutup serta merta selama 10 hari.

“Terbaharu empat taska turut terlibat dalam penularan jangkitan ini, namun hanya sebuah didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mengikut pecahan, sebuah taska adalah di Melaka Tengah dan tiga lagi di Jasin,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengawal penularan wabak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI